LGD Gaming MY ke Grand Finals EWC, raih slot ke kejohanan dunia KIC

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Perlawanan pertama Separuh Akhir untuk Honor of Kings Invitational Midseason 2024 baru sahaja berlangsung.

LGD Gaming MY kini layak ke Grand Final yang akan diadakan pada 11.30 malam ini.

Esports World Cup 2024

Pasukan LGD Gaming MY telah berjaya mendapatkan mata pertama dimana pertarungan yang sangat baik didominasi LGD Gaming MY dengan Augran (MusangKing) dan Mayenne (Siang) dan mengalahkan Vivo Keyd Stars (VKS) dengan hanya 9 minit 40 saat.

Perlawanan kedua yang menarik dimana draft VKS mengambil Augran, Loong dan Lady Zhen. LGD Gaming MY telah memilih Pei yang menjadi keunikan LGD MusangKing dan LGD JR memilih Arli yang diketahui mampu untuk berlawan dengan Loong.

LGD Malaysia MY terus mendominasi dengan perlawanan yang sangat penuh kordinasi dan perancangan yang membuatkan VKS tidak mampu untuk membuat apa-apa.

Setiap pergerakan VKS dibaca oleh LGD MY dan tumpas tanpa mendapatkan satu kill pun dengan 17:0 kill dengan hanya 8 minit 35 saat.

Perlawanan ketiga bersambung di mana LGD bertindak berani dengan memberikan Heino dan Dolia untuk VKS. Perlawanan yang sedikit perlahan disebabkan permainan ini adalah mata kemenangan jika LGD Gaming MY menang. Dalam minit ke 7 LGD berjaya mengawal perlawanan dengan kelebihan 8:3. Luna milik LGD MusangKing dan Mai Shiranio LGD ZhiHong sentiasa memberikan tekanan kepada VKS.

Hujung perlawanan Loong milik LGD JR berjaya mendapat Triple Kill sekaligus memberi peluang LGD Gaming MY untuk terus menghabiskan perlawanan dalam 10 minit 6 saat sahaja.

Satu lagi perlawanan separuh akhir yang akan berlangsung pada pukul 8:00 malam ini iaitu diantara KPL Dream Team berlawan AG Global.

Berkemungkinan besar Grand Final adalah diantara LGD Gaming MY dan KPL Dream Team yang akan berlangsung 11.30 malam ini.

LGD Gaming MY juga adalah satu-satunya pasukan Malaysia yang bertahan dan berjaya ke Grand Final Honor of Kings Invitational Midseason 2024 di Esports World Cup 2024.

Wakil Malaysia ini juga secara automatik layak ke Honor of Kings International Championship 2024 (KIC).

RELATED NEWS

+