KPL Dream Team juara Honor of Kings Invitational Midseason x EWC 2024.
LGD Gaming MY terpaksa akur dengan kekalahan mereka dengan KPL Dream Team.

Tetapi usaha LGD Gaming MY masih membuahkan hasil apabila membawa pulang wang tunai sebanyak AS$ 500 ribu (RM 2.25 juta).
Pengalaman 8 tahun lebih pemain China dalam pasukan KPL Dream Team nyata sukar untuk LGD Gaming MY lawan.
LGD Gaming MY buktikan mereka mampu berlawan dengan pasukan China walaupun mendapat tempat ke-2.

Esports World Cup 2024
Walaubagaimanapun, juara milik KPL Dream Team kerana berjaya menjuarai Honor of Kings Invitational Midseason 2024 yang diadakan di Riyadh, Saudi. Mereka berjaya menewaskan LGD Gaming MY dengan skor 3:0.
Selain itu, KPL Dream Team juga membawa pulang wang tunai AS$1 juta (RM4.5 juta), jumlah yang sangat-sangat besar buat pasukan KPL Dream Team dengan rekod tanpa kalah.
Most Valuable Player Honor of Kings ialah Yinou yang juga membawa pulang AS$50 ribu (RM225 ribu).
LGD Gaming MY masih layak untuk ke Honor of Kings Championship yang akan diadakan di Indonesia bulan Oktober ini!
Tahniah sekali lagi buat KPL Dream Team dan LGD Gaming MY.

setahun yang lepas