Lukas Hero Baru MLBB – Naruto versi MLBB?

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Lukas adalah hero yang ke-127 bakal hadir ke MLBB tidak lama lagi.

Dia mempunyai keupayaan unik untuk menjadi raksasa yang digelar Beast of Light dengan skill yang lebih kuat.

Lukas adalah hero dengan role Fighter mempunyai kelebihan untuk membuat kombo dan mengalahkan musuh.

Anda perlu menguasai dua cara permainan Lukas apabila dia bertukar menjadi Beast of Light.

Skill Lukas

Pasif

Transient Immortal

Ketika dalam mod manusia Lukas akan mendapat 0.5-2 Resolve dalam satu saat. Ultimatenya Unleash the Beast memerlukan 100 Resolve untuk diaktifkan. Ketika dalam mod Unleash the Beast, Lukas akan menggunakan 10 Resolve setiap saat dan kembali ke asal.

Skill 1: Flash Combo

Area of Effect (CC Skill)

Pasif: Lukas akan mendapat 1 stack Vigor yang akan bertahan untuk 5 saat. Satu Basic Attack ke musuh akan memberinya satu stack (stack maksima adalah 2)

Aktif: Lukas akan menggunakan Vigor untuk menggunakan Pulverize. Skill ini akan membuat penambahan attack mengikut jumlah Vigor yang digunakan.

1 Stack: Lukas akan membuat satu stun kecil dan menyerang musuh sebanyak 3 kali.

2 Stacks: Lukas akan stun musuh dan menyerang sebanyak 2 kali Physical Damage. Setelah mengena Lukas akan memusingkan tonfanya untuk menyerang sebanyak 3 kali sambil menarik musuh ke arah Lukas.

Skill 2: Flash Step

Skill Mobiliti (Buff)

Lukas akan dash bergerak ke satu arah dan menukarkan Basic Attack ke Flash Strike.

Flash Strike: Lukas akan melompat ke belakang musuh dan membuat damage physical. Cooldown Flash Step juga akan dikurangkan sebanyak 2 saat disamping menaikkan attack speed dan movement speed Lukas.

Skill 3: Unleash the Beast

Morph, Buff Skill: Lukas akan bertukar menjadi Beast of Light.

Ketika ini Movement Speed Lukas akan meningkat sebanyak 30 dan kesemua attributes akan meningkat sebanyak 15%-20%. Di samping itu, skill Lukas yang ada akan bertukar mengikut Ultimatenya.

Skill Pulverize adalah skill dimana Lukas akan menyerang menggunakan ekor mod Beast of Light, jarak dash Flash Step akan bertambah jauh dan Flash Combo akan terus melompat ke musuh.

Menekan semula Unleash the Beast akan mengaktifkan skill Shockave Blast yang akan pergi kehadapan untuk menyerang musuh. Skill ini juga akan meletup sebanyak 3 kali dan membuat Physical Damage.

Setakat ini Lukas dijangka akan menjadi Fighter yang mempunyai damage yang sangat tinggi disamping mempunyai sedikit mini stun.

Dengan skill untuk bertukar rupa Lukas boleh mengalahkan beberapa musuh serentak dengan sangat pantas.

Lukas dijangka akan keluar hadir ke MLBB pada hujung tahun ini.

RELATED NEWS

+