Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) kini melakar sejarah sebagai satu-satunya permainan mudah alih yang berjaya tercalon dalam Kategori Permainan E-sukan Terbaik di The Game Awards.

Foto: The Game Awards
Sebelum ini MLBB berjaya memenangi Esports Mobile Game of the Year di Esports Award 2024.

Foto: MOONTON
Satu pencapaian hebat buat MLBB kini berada di dalam senarai, berdiri setanding permainan di platform PC seperti Counter-Strike 2, Dota 2, League of Legends dan VALORANT.
MLBB juga berjaya mencatatkan lebih 5 juta tontonan serentak ketika kejuaraan dunia M5 dan hanya dipotong oleh League of Legends Worlds 2024 tahun ini sahaja.
Anda juga boleh mengundi permainan video kesukaan anda untuk membantu menang anugerah berprestij permainan video ini di sini.

setahun yang lepas