MOONTON Games mengumumkan pelancaran Mobile Legends: Bang Bang Lite (MLBB) versi ringan.
Setakat ini hanya 4 lokasi sahaja mempunyai MLBB Lite iaitu Algeria, Mesir, Nigeria dan Afrika Selatan.
Mobile Legends: Bang Bang Lite direka khas untuk telefon pintar yang berspesifikasi rendah. Permainan yang sama cuma pengurangan grafik dan UI lebih mesra pengguna.
Foto: MOONTON Games
Masih belum ada banyak maklumat baharu yang dikongsi oleh MOONTON Games.
Seorang pengguna dari Reddit mengatakan MLBB Lite ini adalah 2GB lebih kecil dan grafik yang hampir sama seperti Low Settings dengan UI yang berbeza.
Yang berbeza cuma grafik, permainan MLBB Lite adalah sama 100% seperti MLBB yang semua orang tahu.
Foto: MOONTON Games
Setakat ini, MOONTON Games masih belum membuat apa-apa pengumuman untuk pelancaran di negara-negara Asia Tenggara atau mana-mana tempat lain.
Tidak dinafikan kewujudan Mobile Legends: Bang Bang Lite memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk mencuba MLBB walaupun dengan telefon berspesifikasi rendah.

setahun yang lepas