Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection – Akan datang tahun 2026

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection telah diumumkan sebagai game ketiga buat francais Monster Hunter Stories.

Monster Hunter Stories (MHS) kali ini memberi fokus kepada negara yang sedang berperang.

MHS 3 kali ini akan menceritakan dua negara iaitu Azuria dan Vermeil yang kini menghadapi kehancuran disebabkan fenomena yang digelar crystal encroachment.

Tetapi satu telur misteri telah menetaskan dua ekor Rathalos yang telah disangka pupus.

Kedua-dua Rathalos kembar ini mempunyai tanda Skyscale Rathalos yang berkaitan dengan kehancuran dan peperangan.

Foto: Capcom

Anda akan bermain sebagai waris Azuria yang merupakan Rathalos Rider terakhir di dalam negara itu. Anda juga perlu menyiasat bahaya yang akan datang ke dunia itu.

Foto: Capcom

Eleanor juga akan diperkenalkan sebagai rakan seperjuangan anda iaitu puteri Vermeil yang sanggup menjadi tebusan untuk Azuria demi membaiki hubungan diplomatik  diantara dua negara Azuria dan Vermeil.

Foto: Capcom

Foto: Capcom

Monster Hunter Stories 3 akan dilancarkan di Nintendo Switch 2, Xbox, PS5 dan PC Steam tahun 2026 nanti.

RELATED NEWS

+