Dinolords dengan erti kata mudah adalah Age of Empires 2 ditambah dengan elemen dinosaur.
Cuba bayangkan anda mempunyai askar-askar dari zaman pertengahan eropah tetapi ditambah dengan dinosaur.
Semua ini terjadi di England pada tahun 1002 di mana anda perlu membina istana dan membangunkan askar terkuat untuk mempertahankan diri dari musuh-musuh yang menggunakan dinosaur sebagai askar mereka.
Dari membuka ladang dinosaur untuk menjadikan barisan askar anda lebih kuat, permainan ini juga memperkenalkan pelbagai jenis dinosaur dengan pelbagai jenis kegunaan.

Foto: Northplay
Anda juga boleh menaiki seekor velociraptor untuk mengembara ke penempatan lain atau terus ke medan perang.
Setiap Dinosaur akan mempunyai kelebihan dan kegunaan tersendiri mengikut apa yang anda mahukan dan situasi apakah yang dihadapi.

Foto: Northplay
Pteranodon juga boleh menjadi barisan askar terbang anda. T-rex sudah semestinya ada untuk menjatuhkan terus dinding istana musuh.
Dibangunkan oleh Northplay, mereka adalah pembangun yang berada dibawah Ghost Ship Games yang sangat terkenal dengan Deep Rock Galactic: Survivor.
Anda kini boleh wishlist permainan video ini di Steam dan fasa akses awal akan bermula awal tahun hadapan.

setahun yang lepas