Satu analisa baharu melaporkan Valve telah menjana AS$1 bilion (RM4 bilion) untuk Counter-Strike 2 pada tahun 2025 sahaja.
Analisa ini dilakukan oleh YouTuber ZestyJesus dimana dia dan seorang pengkolaborasi untuk membangunkan satu perisian untuk mengumpul data penjualan menerusi Steam Community Market.
Data ini dikumpul dari November 2024 sehingga November 2025 yang membahagikan hasil CS2 kepada dua aliran iaitu pembelian in-game dan Steam Community Market.
Berapa jumlah sebenar Valve dapat dari Counter Strike 2?
Menurut laporan statistik, pemain CS2 telah membuka lebih 400 juta “weapon case” dalam tempoh setahun.
Setiap kunci case berharga AS$2.5 (RM10.14) yang dibeli terus dari Valve menjadikan jumlah keseluruhan pembelian adalah AS$1 bilion (RM4 bilion) sahaja.

Foto: Valve
Ini tidak termasuk barangan item in-game seperti Armory Passes, Major passes, kit musik dan kapsul stiker yang dijual terus kepada pemain.
Untuk setiap jualan Valve mengambil 15% menjadikan jumlah ini lebih tinggi dari yang dilaporkan.
Lebih mengejutkan marketplace Steam mempunyai jualan maksima setinggi AS$2 ribu (RM8.11 ribu) menjadikan banyak barangan CS2 terlalu mahal untuk dijual. Ini menyebabkan banyak barangan tidak dijual terus melalui marketplace.
Selepas kemas kini terbaru yang menyebabkan ekonomi skin CS hancur, pasaran skin CS kini semakin pulih secara perlahan.

setahun yang lepas