The Pokémon Company mengumumkan judul baharu Pokémon Pokopia untuk konsol Nintendo Switch 2, hasil kerjasama dengan GAME FREAK inc. dan KOEI TECMO GAMES.
Permainan bergenre life simulation ini dijadualkan keluar pada tahun depan dengan pra-tempahan versi digital dibuka bermula 12 November di Nintendo eShop dan My Nintendo Store.
Saksikan trailer di bawah:
Dalam Pokémon Pokopia, pemain akan mengawal seekor Ditto yang berubah menjadi manusia. Bermula dengan mengumpul kayu, batu dan Berries, pemain boleh menghasilkan barangan, membina tempat tinggal serta mencipta kawasan mesra Pokémon.
Lebih menarik, Ditto mampu mempelajari gerakan daripada Pokémon lain seperti Leafage daripada Bulbasaur atau Water Gun daripada Squirtle untuk mengembangkan lagi kebolehan dan berinteraksi dengan persekitaran.
Pokopia menawarkan pengalaman santai berasaskan masa sebenar dengan perubahan cuaca, pertanian, pembinaan rumah, serta peluang mengembangkan kawasan menjadi sebuah bandar besar.
Pemain boleh menjemput Pokémon lain untuk tinggal bersama malah membolehkan kunjungan pemain lain untuk menambah keseronokan komuniti maya ini.
Pokémon Pokopia menyokong sehingga 4 pemain, hadir dalam versi fizikal dan digital, serta menyokong pelbagai bahasa termasuk Jepun, Inggeris, Cina, Korea, Perancis, Jerman, dan Sepanyol. Permainan ini memerlukan sambungan Internet serta langganan Nintendo Switch Online untuk beberapa mod tertentu. Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman rasmi pokopia.pokemon.com

setahun yang lepas