Monster Hunter Wilds akan dilancarkan pada 28 Februari 2025!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Monster Hunter Wilds akan datang tidak lama lagi pada 28 Februari tahun depan.

Kali ini ia akan memperkenalkan Arkveld sebagai flagship monster baharu.

Image

Foto: Capcom

Monster misteri ini adalah dari spesis yang dikatakan sudah pupus, dan dia juga mempunyai rantai di sayapnya untuk menyerang.

Siri kali ini menceritakan Hunter’s Guild yang menyelamatkan Nata, seorang kanak-kanak dari Forbidden Lands yang lari dari serangan Arkveld ke atas kampungnya.

Image

Foto: Capcom

Beberapa monster baharu juga diperkenalkan dalam MH Wilds iaitu Uth Duna yang menjadi apex predator untuk Scarlet Forest dan Brute Wyvern baharu iaitu Quematrice yang tinggal di Windward Plains dengan serangan api tetapi berupa ayam dan dinosaur.

Image

Foto: Capcom

Anda kini boleh pra-tempah Monster Hunter Wilds di Steam, PlayStation 5, dan Xbox Series.

Harga Monster Hunter Wilds di Steam adalah RM 249 buat versi biasa, RM320 versi Deluxe dan RM391 untuk versi Premium Deluxe.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi Monster Hunter.

RELATED NEWS

+