Muslim Simulator Ramadan adalah permainan video 3D simulasi yang memberi anda pengalaman berpuasa ketika Ramadan dan sambutan Aidilfitri.
Dalam permainan ini anda akan menyelami pengalaman sebagai sebuah keluarga Muslim ketika Ramadan. Permainan ini dibangunkan oleh i7 Games.
Anda akan melakukan pelbagai aktiviti seperti solat lima waktu, berpuasa, menikmati masa berbuka, menderma dan lain-lain.

Foto: Muslim Simulator Ramadan
Selain itu, anda juga boleh melawat dan berkunjung ke bazar Ramadan, membeli makanan dan bangun sahur.

Foto: Muslim Simulator Ramadan Game
Permainan sebegini sangat membantu kanak-kanak dalam mempelajari kelebihan Islam terutamanya dalam bulan barakah Ramadan ini.
Anda boleh muat turun Muslim Simulator Ramadan di Google Play Store sahaja buat masa ini.

setahun yang lepas