Playdigious mengumuman permainan pengembaraan air terkenal mereka Subnautica akan datang ke pelantar mudah alih 8 Julai ini.
Subnautica akan dilancarkan di iOS dan Android; dibangunkan oleh Unknown Worlds.
On July 8th, you’ll be able to carry the entire ocean in your pocket 🌊
Subnautica is coming to iOS and Android! Pre-order and pre-register today ⬇️
🍎: https://t.co/GlFL6TXv72
🤖: https://t.co/FD5lCmZoGD pic.twitter.com/4jywkn1E0S— Subnautica (@Subnautica) May 27, 2025
Subnautica adalah permainan video aksi pengembaraan survival di bawah air di mana anda perlu hidup di planet air yang dipenuhi makhluk-makhluk alien yang lain daripada yang lain.

Foto: Playdigious
Anda boleh membina pelbagai jenis peralatan, mengawal kapal selam untuk mengembara di dunia dalam air yang penuh dengan baru karang cantik, gunung berapi bawah air, sistem gua dan pelbagai lagi.
Subnautica boleh pra-tempah dengan potongan harga 10% untuk pelancaran di iOS dan Android dengan harga RM42 (harga mungkin berubah mengikut matawang semasa)

setahun yang lepas