Kejohanan Jemputan MLBB Wanita (MWI) kembali di Esports World Cup (EWC) 2025 sebagai kejohanan wanita terbesar dalam sejarah esukan. Seramai 16 pasukan terbaik dari 57 rantau akan bersaing dari 15 Julai hingga 19 Julai merebut gelaran juara dan hadiah terkumpul AS$500,000. Edisi kali ini tampil dengan format baharu yang lebih kompetitif, setanding MSC.

Format baharu menyaksikan empat kumpulan bertanding dalam format Best-of-Three (BO3) penyingkiran dua kali. Dua pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati, diikuti perlawanan tempat ketiga format BO5 dan Grand Final BO7 untuk menentukan juara.

Pasukan pilihan termasuk Team Vitality dari Indonesia dan juara bertahan Natus Vincere PH. Kali ini turut menyaksikan penyertaan sulung dari Afrika, Mongolia dan Türkiye mewakili penyertaan global yang lebih meluas dalam MLBB wanita.

Malaysia pula menghantar NAVI MY sebagai wakil untuk ke MWI kali ini.
Kejohanan ini terus memperkukuh peranannya dalam pembangunan esukan wanita. Dengan kejayaan edisi lalu dan sokongan berterusan dari MOONTON Games, MWI menjadi platform penting untuk bakat wanita bersinar di pentas dunia.

setahun yang lepas