Twitch kini disaman untuk jumlah yang sangat banyak oleh seorang streamer League of Legends dari Rusia iaitu Kirill ‘Likkrit’ Malofeyev.
Pada awal tahun 2022, bekas pemain Virtus.Pro dan M19 League of Legends itu diharamkan oleh Twitch.
Kes ini pada mulanya ditutup tetapi saman kedua ini diteruskan oleh mahkamah Rusia yang mengatakan hak Likkrit dihalang disebabkan pengharaman akaunnya.

Foto: Riot Games
Menurut Mahkamah, Twitch akan disaman sebanyak 100,000 rubles (RM5,100) sehari untuk setiap hari akaunnya diharamkan Twitch.
Saman ini akan digandakan untuk setiap minggu dan menurut Twitch, ia menjadi sangat-sangat tinggi.
Menurut Polygon, syarikat Amazon ini mengatakan mereka disaman untuk “kesemua jumlah wang yang wujud dalam dunia.”
“Disebabkan penalti ini berganda setiap minggu, jumlah saman ini menjadi sangat-sangat tinggi,”
Tambahan lagi, saman ini diterajui oleh bapa Malofeyev iaitu Konstantin Malofeyev yang juga mengatakan anaknya terkesan akibat dia terkena dengan sekatan Rusia di serata dunia.
Twitch selalunya tidak akan memberitahu sebab akaun seseorang itu diharamkan kepada orang ramai kecuali kepada streamer itu sendiri sahaja.

setahun yang lepas