Nintendo cipta paten mekanik ‘summon’ dan ‘berlawan menggunakan summon’

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Nintendo dan The Pokemon Company baru-baru ini menghasilkan sebuah paten untuk mekanik permainan yang boleh dikatakan sangat-sangat asas.

Sejak kes saman dengan Pocketpair, Nintendo terus mendapatkan dan mengubah paten mereka untuk menghalang orang lain dalam industri untuk bertanding.

Foto: Screen Rant

Mekanik itu ialah karakter yang di dalam permainan menggunakan summon untuk berlawan.

Dilaporkan oleh Games Fray, United States Patent and Trademark Office (USPTO) memberikan Nintendo paten dengan nombor 12,403,397 pada 2 September lepas.

Cara berlawan sebegini sangatlah mudah untuk dijumpai dalam permainan video tetapi tetap diluluskan USPTO.

Jika satu permainan video melakukan salah satu perkara ini, Nintendo boleh menyaman mereka:

(1) Mesti mempunyai PC, konsol atau peranti lain dimana permainan itu disimpan di drive atau bersamaan dengannya. 

(2) Anda boleh menggerakkan karakter di dalam ruang virtual.

(3) Anda boleh summon karakter. Summon itu digelar ‘sub character’ memberi maksud bukan pemain tetapi karakter seperti Pokemon yang berlawan.

(4) Cara satu summon itu berlawan ketika satu karakter lain ada di ruang yang sama 

(5) Senario alternatif dimana ‘sub character’ berada di posisi dimana tiada karakter lain untuk dilawan. 

(6) Menghantar ‘sub character’ ke satu arah untuk berlawan secara automatik selepas diarahkan oleh satu karakter lain.

Foto: Sports Illustrated

Ini bermakna semua permainan yang mempunyai mekanik summon untuk berlawan boleh “melanggar” hak cipta Nintendo.

Mekanik sebegini sudah wujud untuk banyak permainan video lain dan beberapa permainan video Nintendo.

Keputusan Nintendo ini juga bakal merosakkan kreativiti dan innovasi dalam industri permainan video.

RELATED NEWS

+