Nintendo sedang memburu leaker di sebalik Pokemon ‘Teraleak’

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Nintendo kini memohon mahkamah California untuk memaksa Discord memberikan identiti orang disebalik penyebaran leak dan pembocoran data terbesar dalam sejarah Pokemon.

Pembocoran data ini digelar Teraleak kerana begitu banyak fail-fail dan data disebarkan sehingga mencecah 1 TB termasuk 2,600 data pekerja, source code Pokemon Legends: Z-A, generasi terbaru Pokemon dan pelbagai lagi informasi francais Pokemon samada sudah diumumkan atau belum.

Foto: Game Freak

Nintendo memohon Subpoenas pada 18 April untuk memberi maklumat mengenai pengguna Discord bernama GameFreakOUT yang telah menyebarkan segala leak dan data kepada orang ramai.

Daripada Discord, leak itu terus tersebar luas ke pelbagai lawan sosial seperti Twitter/X, 4chan, Reddit dan pelbagai lawan web lagi.

Pada 12 Oktober tahun lalu, Game Freak membuat pengumuman bahawa mereka digodam dimana penggodaman ini memberi impak kepada maklumat pekerja mereka. Game Freak walaubagaimanapun tidak memberi maklumat mengenai informasi permainan video mereka yang tersebar.

Subpoenas sebegini tidak bermakna akan ada kes saman tetapi Nintendo sudah semestinya akan mencari individu itu untuk dibawa ke mahkamah.

RELATED NEWS

+