Palworld bakal melancarkan spinoff pertama mereka iaitu permainan video simulasi perladangan.
Kali ini anda akan berada di satu pulau dimana Pals akan membantu anda untuk bekerja, memasak, membangun dan membina ladang idaman anda.
Permainan ini sudah semestinya mengambil inspirasi dari permainan seperti Harvest Moon dan Animal Crossing.

Foto: Pocketpair
Banyak lagi aktiviti lain yang boleh dibuat seperti memancing, bercucuk tanam, membuat snowpals dan bermain roulette Rusia.
Anda juga perlu membina persabahatan dengan ramai penduduk pulau itu untuk memastikan semuanya baik.

Foto: Pocketpair
Selain bercucuk tanam dan menjaga ladang, anda juga boleh berinteraksi dengan beberapa Pal yang lain seperti Anubis Si Tukang Besi, Petallia yang menjaga kedai bunga dan pelbagai lagi karakter Pal yang akan ada dalam permainan ini.
Pemain juga perlu mempertahankan ladang sendiri dari pals yang jahat dan boleh merosakkan ladang yang penat anda bina.
Palworld: Palfarm masih belum mempunyai tarikh pelancaran rasmi dan akan diumumkan Pocketpair nanti.
Anda kini boleh wishlist Palworld: Palfarm di Steam.

setahun yang lepas