Nintendo sekat penggunaan Internet untuk Switch 2 yang guna kartrij Mig

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Nintendo Switch 2 kini menjadi konsol paling laris terjual tahun ini.

Baru-baru ini syarikat gergasi ini mula mengharamkan banyak Switch 2 dari mendapatkan internet menjadikan konsol itu hanya di mod luar talian sahaja.

Semua ini berpunca daripada beberapa pengguna yang menggunakan microSD MiG Switch/Flash di Nintendo Switch 2 mereka.

Foto: Taki Udon YouTube

MiG Switch ini dipasarkan sebagai alternatif untuk memudahkan hidup anda mempunyai banyak permainan video dalam satu katrij. Tetapi ramai orang menggunakan katrij ini untuk mencetak-rompak permainan video Switch.

Untuk orang ramai, MiG Switch adalah peranti yang berfungsi seperti katrij Switch. Dengan menggunakan MIG Dumper anda boleh memindahkan kandungan katrij permainan video original Switch ke dalam kad microSD. Ini membolehkan anda bermain permainan video tersebut tanpa menggunakan katrij fizikal.

Error code 2124-4508 on Nintendo Switch 2.

Selepas beberapa minggu selepas pelancaran Switch 2, ramai pengguna mengatakan Switch 2 yang menggunakan MiG microSD tidak lagi boleh menggunakan internet. Satu ralat kod 2124-4508 akan muncul di konsol itu dan memberitahu “Penggunaan perkhidmatan atas talian tidak lagi dibenarkan dari Nintendo.”

Kejadian ini juga dikongsi oleh YouTuber Scattered Brain. Dia juga mengatakan jika anda set semula Switch 2 ke tetapan kilang anda akan hilang fungsi luar talian terus. Ini bermakna anda hanya mempunyai Nintendo Switch 2 sebagai hiasan sahaja.

Masih belum ada apa-apa lagi kenyataan rasmi dari Nintendo mengenai perkara ini.

RELATED NEWS

+