Taman tema tetap Pokemon akan dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi tetapi satu pengumuman membuatkan ramai hairan dengan satu keputusan yang dikatakan kontroversial.
PokéPark Kanto dijadualkan buka pada 5 Februari 2026 ini di dalam taman tema Yomiuriland di Tokyo yang akan mempunyai dua kawasan iaitu Pokemon Forest dan Sedge Town.
Lebih 600 patung pokemon akan ada, roller coaster, kedai cenderamata, dan pelbagai jenis tarikan bertemakan Pokemon.
ポケパーク カントーには、「ポケモンフォレスト」と「カヤツリタウン」のふたつのエリアがあるよ!
600匹以上のポケモンが生息する「森」と「街」で、どんなポケモンに出会えるかな?https://t.co/7SsFbcaRf8 #ポケパークカントー #pokeparkkanto pic.twitter.com/eeq1WmwzNK— 【公式】ポケパーク カントー PokéPark KANTO (@PokeParkKANTOjp) July 23, 2025
Menurut laman rasmi taman tema ini, pengunjung yang tidak menetapi beberapa kriteria seperti umur, kecergasan dan keupayaan tidak akan dibenarkan memasuki separuh dari tarikan yang ada iaitu Pokemon Forest.
Polisi mengatakan pengunjung perlu mampu untuk memanjat, tidak perlukan bantuan, dan menaiki 110 langkah anak tangga. Sesiapa yang tdak mampu membuat perkara ini tidak dibenarkan masuk.

Foto: The Pokemon Company
Jika pengunjung mempunyai penyakit darah tinggi atau rendah, penyakit jantung, dan mengandung juga tidak dibenarkan.
Kanak-kanak di bawah 5 tahun juga tidak dibenarkan masuk walaupun ditemani penjaga.
Pengunjung juga dinasihatkan untuk memakai pakaian yang selesa, tidak menghalang pergerakan dan kasut yang anda tidak kisah menjadi kotor.
Menurut Pokemon Kanto, Pokemon Forest mempunyai kawasan pokok semulajadi menjadikan kawasan itu dipenuhi rumput dan perjalanan yang tidak rata. Setiap seksyen mempunyai tangga, gua dan perbezaan tinggi menjadikan orang yang memerlukan pertolongan atau kurang upaya tidak boleh melaluinya.
Kekangan ketat ini adalah untuk memastikan keselamatan. Tetapi peminat Pokemon yang tidak berupaya masih boleh melawat Sedge Town tanpa masalah.
Ticket untuk ke PokéPark Kanto akan dijual mulai 21 November ini.

setahun yang lepas