Pokemon Trading Card Game Pocket (PTCGP) telah menjana lebih AS$ 1.3 bilion (RM5.4 bilion) hanya pada tahun pertama ini sahaja sekaligus mengalahkan Pokemon GO.
Berdasarkan App Magic, TCG Pocket merupakan permaianan video Pokemon paling menguntungkan untuk tahun pertama pengeluarannya.
Dibangunkan oleh DeNA PTCGP masih menjadi antara permainan video paling tinggi menjana keuntungan walaupun hanya setahun wujud di pasaran.
Pokemon TCG Pocket juga telah mengongsikan statistik untuk permainan mereka.
Menurut PTCGP dalam masa setahun lebih 18 juta pek telah dibuka dan dengan 490 juta showcases telah dimasukkan ke profile pemain.

Foto: DeNA
Pemain juga telah membuat lebih 96 juta trades untuk mendapatkan kad-kad yang mereka mahu.
Jumlah perlawanan untuk setahun PTCGP wujud ialah lebih dari 12 billion battles.

Foto: DeNA
Paling mengejutkan jumlah kesemua kad yang telah dikumpul oleh semua pemain adalah 111 bilion kad.
Pokemon TCG Pocket kini telah dimuat turun sebanyak 150 juta kali dan baru sahaja memperkenalkan kemaskini terbaru dengan pek Mega Rising.

setahun yang lepas