Peminat Umamusume: Pretty Derby berlumba ke FB trek lumba kuda Selangor Turf Club

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Umamusume: Pretty Derby membuatkan ramai peminat permainan itu cuba mencari informasi mengenai trek lumba kuda di negara mereka.

Dua negara Asia Tenggara menunjukkan peningkatan peminat baharu yang pergi ke trek lumba kuda sebenar di negara mereka iaitu Indonesia dan Thailand.

Baru-baru ini Selangor Turf Club mempromosikan Merdeka Cup yang akan dianjurkan pada 31 Ogos ini.

Foto: Selangor Turf Club

Tanpa disangka laman Facebook itu dibanjiri ramai peminat Umamusume Malaysia yang berkongsi banyak stiker Umazing!

Foto: Facebook Selangor Turf Club

“Sejuk hati melihat permainan video dapat membawa ramai peminat baharu dalam sukan perlumbaan kuda,” ujar satu komen di Facebook Selangor Turf Club.

Ada juga yang terkejut dengan sambutan yang diterima dan seronok melihat permainan video membawa nafas baru kepada sukan yang kian dilupai.

Foto: Selangor Turf Club

Malah ada juga cosplayer Malaysia yang mahu menghadiri acara Merdeka Cup nanti.

Di Jakarta, populariti Umamusume membuatkan siaran langsung Indonesia Horse Racing Derby 2025 dibanjiri ramai peminat sehingga berjaya mendapat lebih 270 ribu orang penonton berbanding 85 ribu orang sahaja tahun lepas.

Malah pada hari perlumbaan itu, Stadium Sultan Agung turut dibanjiri peminat-peminat Umamusume Indonesia untuk menyaksikan kuda bernama King Argentine mendapat gelaran Triple Crown. Gelaran ini hanya diberikan kepada kuda yang berjaya menang 3 perlumbaan besar dan sangat susah untuk seekor lumba kuda mendapatnya.

Di Bangkok pula, populariti ini meningkat dan ramai menyertai acara Umamusume di Royal Bangkok Sports Club. Terdapat juga satu acara khas dimana cosplayers Umamusume boleh berlari di atas trek!

Adakah ini giliran peminat Umamusume Malaysia pula untuk membanjiri stadium trek lumba kuda hujung bulan ini?

Selangor Turf Club berada di Sri Kembangan berdekatan dengan Hotel Palace of The Golden Horses.

RELATED NEWS

+