Syarikat Jepun lancar sabun khas untuk Pemain TCG yang kepam

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Salah satu stereotaip paling diketahui ramai untuk pemain trading card game (TCG) adalah masalah tidak menjaga kebersihan terutamanya bau badan.

Bau sebegini telah menjadi norma dalam komuniti permain tcg dan tanggapan negatif ini sukar untuk anda lari; terutamanya ketika menyertai pertandingan tcg atau mana-mana kedai kad yang anda pergi.

Satu jenama kosmetik dari Jepun, OFF-KAi! telah melancarkan sabun semua dalam satu khas untuk pemain tcg.

Dilaporkan oleh Automaton, produk ini dipanggil Okite Sugu No Okite (Sejurus Selepas Anda Bangun) untuk memudahkan rutin pagi pemain-pemain ini menjadi lebih segar ketika hari pertandingan.

Konsep ini datang apabila seorang pemilik salon dengan pengalaman 13 tahun dalam industri permainan kad. Dia mengatakan masalah bau ketika pertandingan membuatkannya mahu mempromosikan budaya kebersihan diri untuk pemain tcg.

Sabun ini akan merangkumi segalanya seperti masalah rambut, kekeringan rambut, bau badan, pencuci muka dan berfungsi sebagai semua dalam satu untuk rambut, muka dan kulit.

Produk ini juga membuat satu kenyataan yang ia telah dilahirkan untuk membuang tanggapan negatif dunia permainan kad dan memberi keselesaan untuk orang ramai.

OFF-KAi!! setakat ini masih memerlukan lebih 2 juta yen (RM 57 ribu) dana untuk meneruskan projek ini.

RELATED NEWS

+