Umamusume: Pretty Derby kini menjadi fenomena tidak disangka

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Lumba kuda menjadi antara budaya pop ekuestrian yang kini menghilang dan mengurang peminatnya.

Tetapi apabila sukan ini digabungkan dengan permainan video ditambah dengan karakter anime perempuan kuda, maka wujudlah Uma Musume: Pretty Derby yang menjadikan ramai peminat-peminat lumba kuda mencari kesemua cerita kuda-kuda yang ada.

Permainan ini mengetengahkan genre simulasi perlumbaan ala-ala roguelike

Apa itu Uma Musume: Pretty Derby?

Pada tahun 2018 Cygames mencadangkan satu idea iaitu “Bagaimana kalau salah satu kuda lumba terkenal menjadi karakter anime comel?” Selepas itu, siri televisyen Uma Musume Pretty Derby dilahirkan. Uma bermaksud “kuda” dan musume “perempuan”.

Uma Musume: Pretty Derby hanya kelihatan sebagai francais anime biasa tetapi setiap karakter mempunyai personaliti dan keunikan masing-masing dan diambil inspirasi dari kuda lumba sebenar dengan nama yang sama.

Dalam Uma Musume anda perlu gacha ‘uma’ untuk melatih mereka untuk berlumba. Setakat ini hanya 20 uma unik yang ada untuk dimainkan. Setiap uma mempunyai kelebihan dan skill tersendiri mengikut jenis-jenis trek lumba.

Sejak pelancaran pada 28 Jun lepas, Uma Musume: Pretty Derby menjadi kegilaan di internet.

Streamer Twitch terkenal seperti Northernlion, Ludwig dan Asmongold adalah antara nama besar yang bermain Uma Musume. Buat Northernlion jumlah penontonnya pada 2 Julai lepas berganda sebanyak dua kali.

Populariti yang dijangka

Populariti permainan ini juga dapat dilihat di Steam apabila berjaya mencapai jumlah pemain sebanyak 44,090 dengan purata 35-37 ribu pemain pada setiap masa. Permainan ini juga mempunyai lebih 92.2% review positif di Steam sahaja.

Foto: SteamDB

Uma Musume: Pretty Derby asalnya adalah permainan video mudah alih dan sudah semestinya nombor di Steam hanya sedikit jika dibandingkan dengan jumlah sebenar yang bermain di peranti mudah alih.

Disebabkan permainan ini ramai orang mula mendapat minat terhadap lumba kuda yang sebenar seperti mencari sejarah asal usul kuda yang ada dalam Uma Musume.

Foto: Cygames

Sebagai contoh, Gold Ship antara kuda yang sangat terkenal kerana personalitinya ketika berlumba dimana jokinya sendiri sentiasa berdoa supaya kuda itu berkelakuan baik. Dalam permainan karakter Gold Ship ditambah dengan personaliti sama dan menjadikannya antara karakter paling diminati dalam Uma Musume.

Foto: Cygames

Satu lagi kuda terkenal yang menjadi tarikan orang ramai adalah Haru Urara yang merupakan kuda yang sangat baik tetapi terkenal kerana menjadi kuda yang paling banyak kekalahan ketika perlumbaan.

Sebelum Uma Musume, perlumbaan kuda sangat dipandang serong kerana selalu dikaitkan dengan perjudian tetapi game ini menarik ramai minat orang ramai untuk mengetahui lebih mengenai sukan ekuestrian.

Ia boleh dimuat turun di iOS, Android dan Steam.

RELATED NEWS

+