Siapa sangka membuat permainan video yang penuh dengan waifu boleh menjadikan seseorang itu tersangat kaya.
Selepas Initial Public Offering (IPO) bernilai AS$320 (RM 1.4 Bilion) kepada Shift Up, pemilik dan pengasas Shift Up Kim Hyung-tae kini menjadi billionaire.
Walaupun turunnya stok syarikat Tencent ke atas Shift Up, nilai bersih milik Kim masih tinggi sehingga layak digelar 50 orang paling kaya di Korea Selatan.

Foto: Forbes | Shift Up
Bekas Artis Permainan Video Kim Hyung-tae sebelum ini membuat rekaan untuk Blade & Soul di NCSoft dimana dia bekerja disana selama 8 tahun.
Pada tahun 2013, Kim Hyung-tae kemudian melancarkan syarikat barunya sendiri iaitu Shift Up dan sembilan tahun kemudian melancarkan Goddess of Victory Nikke iaitu third person shooter dan role-playing game dengan grafik anime.

Foto: Shift Up
Kemudian Stellar Blade pula menjadi kejayaan besar buat Shift Up yang hanya bermula dengan membuat permainan gacha sahaja.
Pada tahun lepas, Shift Up berjaya meraih lebih AS$152 juta (RM 671 juta).
Kejayaan ini sangat hebat sehingga sehingga Shift Up memberi setiap pekerja mereka PlayStation 5 Pro dan bonus sebagai tanda terima kasih.

setahun yang lepas