Stellar Blade PC sah akan datang 11 Jun ini!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

PlayStation semalam secara tidak sengaja memuat naik video trailer Stellar Blade untuk PC.

Ia secara rasmi akan dilancarkan pada 11 Jun ini.

Pengedar Sony Interactive Entertainment dan pembangun SHIFT UP mengumumkan perkara ini semalam walaupun ia adalah secara tidak sengaja.

Trailer di bawah:

Dari trailer itu versi “Complete Edition” juga boleh didapati di PlayStation 5 dan PC pada hari yang sama.

Complete Edition akan mempunyai kesemua kandungan ini:

  • Stellar Blade base game
  • Bonus Pra-Tempah
    • Classic Round Glasses untuk Eve
    • Ear Armor Earrings untuk Eve
    • Planet Diving Suit (White Edition) untuk Eve
  • Bonus Complete Edition
    • Kosmetik Fluffy Bear Pack drone
    • Planet Diving Suit (Captain) untuk Eve
  • Kandungan Muat Turun
    • Pek Twin Expansion=
      • NieR: Automata DLC
      • Goddess of Victory: Nikke DLC
  • Goddess of Victory: Nikke CD-Key
    • Outfit CD-key khas untuk kostum Stellar Blade dalam Goddess of VIctory: Nikke.

Versi PC akan mempunyai fungsi AI upscaling dan frame generation melalui NVIDIA DLSS 4 dan AMD FSR 3, frame rate lebih tinggi, lakonan suara bahasa Jepun dan China, fungsi skrin ultrawide, sokongan alat kawalan DualSense, bos baharu, 25 kostum baharu, dan resolusi tekstur persekitaran lebih tinggi.

Seperti yang kita tahu komuniti PC sudah pasti tidak sabar dengan setiap mod baharu yang akan datang ke Stellar Blade.

Stellar Blade menceritakan Eve yang dalam misi untuk menyelamatkan kemanusiaan dari peperangan dengan Naytibas.

RELATED NEWS

+