Pengarah One-Punch Man Musim ke-3 telah menutup media sosial miliknya setelah diserang orang ramai ‘peminat’ OPM.
Pada awalnya, perlantikan Shinpei Nagai untuk menjadi pengarah sudahpun satu perkara yang kontroversi kerana pengalamannya membuat anime aksi adalah sangat sedikit.
Shinpe Nagai juga telah membuat satu ucapan terakhir sebelum menutup akaun X miliknya.
Dia terpaksa menutup akaun media sosialnya kerana terlalu tertekan dan menerima banyak kebencian.
Nagai juga memberitahu YouTuber dan orang ramai yang sentiasa mengambil tweet yang dibuat olehnya diluar konteks semata-mata untuk mengeksploitasi kesusahan staf untuk “rage-baiting” dan mendapat keuntungan.

Foto: @ShinNagai_Anime (X)
“Saya telah berusaha sebaik mungkin untuk peminat (OPM) dengan penuh keikhlasan, tetapi secara kesimpulannya menyambung kerja dalam keadaan begini adalah sesuatu yang tidak boleh ditahan lagi untuk projek ini,” ujar Nagai.
Telah berbulan-bulan Nagai mendapat serangan atas talian sejak pengumumannya menjadi pengarah OPM Musim ke-3.

Foto: One-Punch Man
“Anime ini mungkin tidak sehebat musim pertama, tetapi anime ini dibuat dengan penuh ketabahan dan usaha dari semua staf. Sekurang-kurangnya tolong terima usaha mereka ini. Tidak kira jika anda suka atau marah. Saya bersedia untuk menerima semua tomahan yang ada.” katanya lagi.
Perlu diingatkan tiada penganimasi anime mahukan kerja mereka mempunyai kualiti yang rendah.
Keputusan untuk mempercepatkan jadual, bajet yang terlalu sedikit terletak di atas tangan penerbit iaitu Bandai Namco.
Shinpe Nagai telah berusaha sehabis baik dengan apa jua bajet yang telah diberikan kepadanya.

setahun yang lepas