Filem Aksi Nyata adaptasi My Hero Academia diumumkan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Netflix dan Legedary akan mengadaptasikan manga dan anime popular My Hero Academia atau Boku No Hero Academia dari Kohei Horikoshi.

Pengumuman ini diberitahu semalam oleh Jason Fuchs sebagai penulis skrin dan akan diarah oleh Shinsuke Satu yang telah membuat filem adaptasi aksi nyata Bleach, Death Note, Inuyashiki dan GANTZ.

Foto: ONE Esports

 

My Hero Academia mencerita Izuku yang mempunyai impian untuk menjadi seorang Hero. Tetapi dia tidak mempunyai kuasa untuk menjadi hero.

Di dalam dunia dimana 80% populasi mempunyai kuasa, menyebabkan Izuku sering dibuli rakan sekelasnya.

Semuanya berubah apabila dia terjumpa dengan All Might iaitu Hero No.1 di Jepun.

Musim terakhir anime ini juga akan mula ditayangkan Oktober ini.

Setakat ini masih belum ada apa-apa pengumuman lanjut mengenai tarikh tayangan atau bila perfileman ini akan dimulakan.

RELATED NEWS

+