Anime adaptasi Sekiro: Shadows Die Twice iaitu Sekiro: No Defeat diumumkan di Gamesom 2025 dan dihasilkan oleh studio ARCH.
Sekiro: Shadows Die Twice menjadi salah satu permainan video FromSoftware yang sangat disukai ramai.
Sekiro: No Defeat akan mengadaptasi cerita dari Sekiro dan semua animasi dihasilkan dengan lukisan tangan.
Anime ini menceritakan era Sengoku di Jepun dimana peperangan sentiasa berlaku dan satu shinobi yang digelar Sekiro perlu melindungi the Divine Heir.

Foto: ARCH
Kenichi Kutsuna adalah pengarah untuk anime ini dan dia terkenal dengan Puella Madoka Magica serta beberapa episod terkenal Naruto Shippuden ketika arc Pain menyerang Konoha.
.png?width=1600&height=900&fit=crop&quality=100&format=png&enable=upscale&auto=webp)
Foto: ARCH
Barisan pelakon suara pula ialah Daisuke Namikawa sebagai Wolf, Miyuki Sato sebagai Kuro/The Divine Heir dan Kenjiro Tsuda sebagai Genichiro Ashina.
Sekiro : Shadows Die Twice adalah permainan yang sangat memerlukan ketepatan dan kesungguhan dan kualiti ini sangat menyerlah dalam animasi lukisan tangan.
Anime ini secara eksklusif akan ditayangkan di Cryunchyroll tahun hadapan.

setahun yang lepas