Peguam Nintendo kini memaksa Palworld untuk membuang satu lagi mekanik dari permainan itu.
Palworld telah membuat pengumuman ini di Twitter semalam.
[Regarding the lawsuit, changes to Palworld and the future]
We would like to express our sincere gratitude and appreciation for the continued support of our fans over the past few months. We apologize for not being able to share as much information as we would like, but we trust…
— Palworld (@Palworld_EN) May 8, 2025
Selepas dipaksa membuang mekanik menangkap Pal pada 30 November tahun lepas kerana dikatakan melanggar hak cipta Pokemon.
Kini mereka perlu membuang mekanik meluncur dengan Pal disebabkan kes mahkamah yang masih berlangsung dengan Nintendo.
“Kami faham perkara ini akan mengecewakan ramai orang. Kami juga kecewa dengan perkara ini. Kami mengharapkan kesemua peminat faham dengan perubahan yang perlu dibuat untuk memastikan tiada masalah yang berlaku ketika ini,” tambah Pocketpair.
Kes saman ini bakal menjadi kerisauan buat ramai pembangun permainan video kecil kerana pembangun yang berkemungkinan akan menyaman mereka juga.

setahun yang lepas