[RASMI] RRQ sah ke Brazil, dipanggil RRQ Akira

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

RRQ adalah organisasi e-sukan yang bertempat di Indonesia. Mereka mempunyai pelbagai divisi pasukan untuk permainan peranti mudah alih.

Antara yang popular adalah RRQ Hoshi, RRQ Ryu dan juga RRQ Athena. 

Kini mereka memperluaskan lagi pengaruh mereka ke benua amerika latin. Nama pasukan baru itu ialah RRQ Akira, mereka akan mewakili RRQ untuk permainan Mobile Legends: Bang Bang di Brazil.

RRQ Akira akan mengambil bahagian di MPL Brazil dan mereka dianggotai oleh bekas pemain Keyd Stars:

  • Kiing
  • Gustalagusta
  • Seigen
  • Tekashi
  • Luiizz
  • Cabral 
  • Blink

Adakah pasukan baru RRQ Akira ini akan memberikan saingan sengit di MPL Brazil musim kedua nanti? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+