Razer perkenal Project AVA – Waifu AI hologram sendiri sebagai pembantu

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Razer baru sahaja mengumumkan pembantu dikuasakan AI terus di atas meja anda.

Project AVA diperkenalkan ketika Consumer Electronics Show 2026 sebagai pembantu AI 3D holografik yang akan muncul untuk membantu anda menggunakan Grok untuk berinteraksi dengan pengguna.

Foto: Razer

Razer Project AVA boleh membantu anda dalam penjadualan, terjemahan bahasa, analisa spreadsheet dan bantuan menggunakan penglihatan dan bunyi.

Foto: Razerzone

Figura holografik ini mempunyai ketinggian 5.5 inci dan akan wujud di dalam peranti tersebut sebagai hologram 3D.

Bawa Pembantu AI ke dunia nyata

Setakat ini pengguna boleh memilih lima Companion untuk dipilih:

Foto: Razerzone

Karakter tersebut ialah AVA (Logo Razer), Kira, Zane, Faker (GOAT) dan Sao (Idol Viral dari Jepun).

Pembantu AI ini bukan sahaja akan membantu untuk sesi gaming tetapi banyak lagi tugasan lain yang mampu dilakukan sebagai pembantu anda terus dari atas meja.

Foto: Razer

Project AVA dijangka akan dijual mulai pertengahan tahun ini.

Maklumat lanjut di laman rasmi Razer Project AVA.

 

RELATED NEWS

+