realme GT7 – Flagship Killer dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9400e

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Dijadualkan untuk dilancarkan pada 27 Mei, realme GT 7 bakal menjadi telefon pintar pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan cip pemproses perdana MediaTek Dimensity 9400e. Dengan skor penanda aras AnTuTu melebihi 2.45 juta mata, cip ini kini berada dalam kelompok tiga teratas pemproses Android di pasaran tempatan. Pencapaian ini sekaligus mengukuhkan kedudukan realme GT 7 sebagai ‘flagship killer’ bagi tahun 2025.

  

MediaTek Dimensity 9400e menggunakan seni bina teras besar yang canggih, menawarkan gabungan prestasi tinggi dan kecekapan tenaga yang luar biasa. Ia menampilkan teras utama Cortex-X4 dengan proses pembuatan lanjutan yang setanding dengan Snapdragon 8 Gen 3, tetapi beroperasi pada kelajuan jam yang lebih tinggi. Selain itu, cip ini turut dilengkapi GPU berfrekuensi tinggi serta model AI yang sama seperti pada Dimensity 9400, menjadikannya antara cipset paling berkuasa untuk pemprosesan AI dalam kelasnya.

Kehebatan cip ini terserlah menerusi skor AnTuTu yang mengagumkan, melebihi 2.45 juta mata sekaligus menjadikannya antara pemproses Android terbaik di Malaysia. Ini membuktikan bahawa realme GT 7 bukan sekadar unggul dari segi reka bentuk dan inovasi, malah benar-benar berprestasi tinggi dari sudut keupayaan teknikal.

Dari segi pengalaman permainan, realme GT 7 menawarkan prestasi lebih lancar dan stabil dengan sokongan kadar bingkai 120FPS secara konsisten. Melalui gabungan kuasa Dimensity 9400e dan teknologi GT Boost terkini, peranti ini mampu meramal beban kerja cip secara bingkai demi bingkai dan mengagihkan prestasi dengan ketepatan milisaat.

Hasilnya, penggunaan kuasa dapat dikurangkan tanpa menjejaskan kelancaran permainan. Tambahan pula, realme GT 7 menyokong sehingga 20 permainan popular termasuk Mobile Legends: Bang Bang dan Honor of Kings untuk dimainkan pada kadar 120FPS secara berterusan tanpa gangguan sehingga aplikasi permainan ditutup.

TAGS

RELATED NEWS

+