Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

PokéPark Kanto adalah taman tema terbaru Pokemon berskala besar yang akan dibuka pada 5 Februari ini di Tokyo.

Taman tema ini akan membawa anda terus ke dunia Pokemon dimana banyak pelakon karakter, Pokemon berskala sebenar dan pelbagai lagi tarikan lain wujud di sana.

Foto: Game Watch

Pelbagai lagi tarikan yang sudah semestinya direka khas untuk peminat Pokemon di seluruh dunia.

Lebih menarik Pokemon Center sebenar juga wujud dimana pemain boleh membawa enam Pokemon di dalam Pokeball untuk dirawat di Pokemon Center.

PokéPark Kanto akan dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Pokemon Forest dan Sedge Town. Kedua-duanya mempunyai tarikan masing-masing dengan bangunan seperti PokeMart, Pokemon Center dan banyak lagi.

Foto: Pokemondealsuk (X)

Ticket boleh dibeli dilaman rasmi PokePark dengan harga bermula dari RM120 – RM423 mengikut jenit Pass.

Town Pass: Kemasukan ke Sedge Town sahaja

Trainer’s Pass: Kemasukan ke Pokemon Forest dan Sedge Town tetapi mempunyai had masa

Ace Trainer’s Pass: Kemasukan tiada had untuk Pokemon Forest dan Sedge Town.

Tiket percuma untuk kanak-kanak dibawah tiga tahun.

Harga tiket akan berbeza-beza mengikut tarikh kalendar yang dikongsikan di laman rasmi PokePark Kanto.

Tiket bagi bulan Februari dan Mac telah habis dibeli dan penjualan seterusnya akan dibuka pada hujung bulan Mac.

RELATED NEWS

+