Riot Games bersama Easy OnAir lancarkan League of Legends: Titans Cup MY & SG (LTC)

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Riot Games kini mengumumkan kerjasama selama dua tahun bersama syarikat produksi Malaysia, Easy Onair Sdn Bhd untuk melancarkan dan mengurus League of Legends: Titans Cup MY & SG (LTC), kejohanan peringkat kebangsaan untuk Malaysia dan Singapura.

Kerjasama dua tahun ini antara Riot Games dan Easy Onair adalah amat penting bagi menghidupkan semula serta membangunkan komuniti League of Legends di Malaysia dan Singapura.

League of Legends: Titans Cup MY & SG ini adalah inisiatif berasaskan komuniti yang bakal meningkatkan penyertaan dari akar umbi, mencungkil bakat tempatan dan membina ekosistem LOL yang kompetitif.

Kejohanan ini adalah laluan ke Kejohanan League of Legends peringkat Asia Pasifik (LCP), sebuah liga yang terkemuka di Asia Pasifik. 

Pasukan juara akan dapat peluang untuk mara ke Playoffs LCP Wildcard dan mereka akan bertanding dengan juara dari rantau lain. Pemenang Playoffs Wildcard ini pula akan layak ke Kejohanan Relegasi dan Promosi LCP dan berpeluang mendapat slot ke kejohanan utama LCP.

League of Legends: Titans Cup MY & SG akan menampilkan:

• Pendaftaran terbuka untuk semua pemain MYSG yang layak

• Format kejohanan berperingkat termasuk peringkat kumpulan, playoff, dan final

• Perlawanan yang disiarkan dengan ulasan tempatan, analisis, dan sorotan utama

• Pasukan juara akan dipilih untuk mewakili MYSG ke LCP Wildcard Playoffs

Kejohanan ini juga akan mengikuti jadual yang telah ditetapkan seperti berikut:

• Tempoh Pendaftaran: 8 hingga 20 Julai 2025

• Pusingan Kelayakan Dalam Talian: 26 & 27 Julai 2025

• Siaran Langsung Suku Akhir: 2 & 3 Ogos 2025

• Siaran Langsung Separuh Akhir hingga Grand Final: 9 & 1O Ogos 2025

Peserta boleh mendaftar melalui pautan INI, dan kejohanan ini akan disiarkan secara langsung di saluran rasmi Facebook dan YouTube League of Legends Malaysia serta saluran rasmi TikTok Easy OnAir.

“Kami berbangga untuk bekerjasama dengan Easy Onair bagi penganjuran League of Legends: Titans Cup MYSG,” kata Resha Pradipta,  Country Manager bagi Riot Games untuk Indonesia & Malaysia. 

“Kerjasama jangka panjang ini mencerminkan keyakinan kami terhadap potensi rantau MYSG. Kami teruja untuk menyokong bakat tempatan dan membina laluan sebenar ke peringkat profesional,” tambahnya.

Easy Onair Sdn Bhd, sebuah syarikat produksi esport yang sedang berkembang pesat di Malaysia akan mengetuai operasi kejohanan dan pelaksanaan kandungan sepanjang dua tahun ini. Tanggungjawab mereka termasuk pengurusan kejohanan, produksi siaran langsung, pengambilan pengulas, serta inisiatif penglibatan komuniti yang disesuaikan untuk penonton MYSG.

“Kerjasama ini merupakan pencapaian besar bagi komuniti esukan di Malaysia dan Singapura,” kata Kuroshi Hatamake, Pengarah Eosy Onair Sdn Bhd.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Riot Games dalam menjayakan visi jangka panjang yang memberi peluang sebenar kepada pasukan, pemain, dan bakat dari seluruh rantau ini,” tambahnya.

Maklumat lanjut termasuk tarikh pendaftaran, butiran hadiah wang tunai, dan tarikh kejohanan akan diumumkan tidak lama lagi melalui Instagram rasmi League of Legends Malaysia @leagueoflegends, Facebook League of Legends (MY, SG), dan platform rasmi TikTok Easy OnAir.

RELATED NEWS

+