Kesemua server Asia Tenggara League of Legends digabungkan – League of Legends

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Setelah sedekad mempunyai server yang diasingkan, Riot Games akan menggabungkan kesemua server Asia Tenggara League of Legends.

Kesemua negara itu adalah Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, dan Indonesia yang kini boleh bermain bersama-sama.

Foto: Riot Games

Pemain boleh mendapat pengalaman gabungan kesemua server dimana masa menunggu akan lebih pendek dan lebih ramai pemain untuk bermain sama-sama.

“Jika anda bermain di Thailand dan Filipina, ping anda akan naik sedikit sebanyak 20ms tetapi tidak akan memberi impak untuk permainan anda,” ujar Riot Games.

Sebahagian daripada gabungan ini kesemua akaun akan berada di bawah server LoL Asia Tenggara.

Kesemua benda yang akan dipindahkan adalah:

  • Riot ID
  • RP
  • Champion dan skin yang ada
  • Senarai Rakan
  • Nilai Hidden MMR

Tetapi Victory Points dan Forum Badges tidak akan dipindahkan ke server baharu ini.

Sebelum ini server Asia Tenggara telah diselenggarakan oleh Garena dan Riot Games mengambil alih semula server itu pada tahun 2023.

Gabungan ini akan bermula pada 9 Januari 2025 nanti dengan Patch 15.1.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi League of Legends.

RELATED NEWS

+