Riot Games dan Tencent kini dikecam kerana mengeluarkan satu trailer menggunakan Gen AI untuk League of Legends: Wild Rift.
Video dua minit ini dicipta untuk menyambut ulang tahun ketiga Wild Rift dan Riot Games berkongsi trailer ini di Weibo.
Ramai pemain dan peminat mengecam tindakan ini dan video itu kini dipadamkan.
Wild Rift China released a cinematic made using AI and it is diabolical 😭 To think this was an official release that several people approved of 🙄
It features Seraphine, Jinx, Aurora, Yasuo & Ezreal. pic.twitter.com/8FxtfdyL4S— Aroush (@AroushTheKween) August 4, 2025
Ramai pemain dan peminat mengecam tindakan ini dan video tersebut kini dibuang.
Video itu menunjukkan penggunaan AI paling jelas.

Foto: Riot Games
Ekspresi muka dan pergerakan mata yang pelik. Visual yang seolah-olah menonton filem Pixar digabungkan dengan League of Legends.

Foto: Riot Games
Malah Jinx kini hampir sama dengan rekaan karakter Kpop Demon Hunters. Ezreal menjadi sangat pelik dan Yasuo hampir bertukar menjadi lelaki meme gigachad.
Bukan sahaja penggunaan AI yang menjadi masalah malah audio ketika nyanyian Seraphine juga tidak selari dengan video dan mempunyai lirik yang berkemungkinan besar juga dibuat oleh AI.
Di reddit r/wildrift perkara ini dikecam besar oleh komuniti Wild Rift.
Ramai mengatakan hasil kerja ini seolah-olah menghina semua artis dan juruanimasi yang pernah bekerja untuk Riot Games dan Tencent.

Foto: Riot Games
Bayangkan sesuatu yang sepatutnya diraikan untuk ulangtahun ketiga Wild Rift dicemari dengan hasil kerja AI sebegini.
Tiada lagi kenyataan rasmi dibuat oleh Riot Games atau Tencent Games setakat ini.
Riot Games bukan satu-satunya pembangun permainan video yang menggunakan AI, malah Activision juga pernah menggunakan AI untuk beberapa kandungan Call of Duty: Black Ops 6.

setahun yang lepas