Setelah 16 tahun menggunakan klik League of Legends akan menambah kawalan baru buat permainan mereka.
Kawalan yang akan ditambah akan menggunakan WASD untuk mengawal champions.
Menurut Paul Bellezza pergerakan tradisional League boleh menjadi punca ramai pemain tidak mahu mencuba League disebabkan terlalu banyak input diperlukan.
“Klik untuk bergerak bukan skema kawalan yang ramai orang biasa terutamanya pemain baharu.” ujar Bellezza Penerbit Esekutif.
WASD will be coming as an new official input method
Flash has 3 settings, “Cursor”, “WASD with Cursor Enhanced”, “WASD with Cursor Fallback”. Unsure what they do
Can still click to move under WASD
Has a toggle to smart cast to shoot in the direction your character is facing pic.twitter.com/lHceFXmI1A
— SkinSpotlights (@SkinSpotlights) May 14, 2025
Perubahan WASD ini juga adalah sesuatu yang sangat besar terutamanya untuk pemain baharu dan pemain lama.
Riot Games juga akan memastikan kawalan WASD ini sebagus kawalan klasik untuk memastikan pemain tidak dipaksa menggunakan kawalan baru ini.
Menurut YouTuber dan pemain profesional League of Legends IWDominate yang telah mencuba kawalan ini dan mengatakan terdapat beberapa role yang mempunyai kelebihan untuk kawalan baru ini seperti ADC. Ada juga role yang mempunyai masalah untuk kawalan ini seperti di posisi Jungle.

Foto: Riot Games
Tidak perlu dirisaukan kawalan klasik klik masih akan ada dan tidak akan diubah. Pemain boleh memilih jenis kawalan yang dimahukan mengikut kesukaan masing-masing.
Kawalan WASD akan datang ke server PBE dalam beberapa kemas kini untuk dicuba oleh semua pemain yang mempunyai akses ke server PBE.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi League of Legends.

setahun yang lepas