Pokemon Legends Z-A akan dilancarkan tidak lama lagi di Switch dan Switch 2.
Siri kali ini akan membawa anda ke region X and Y yang terkenal dengan Mega Evolution.
Kali ini anda akan berada di Kalos moden dengan watak-watak baru dan lama.
Pemain kali ini akan menyertai pasukan Team MZ iaitu satu kumpulan hero dengan misi untuk melindungi bandar Lumiose. Anda akan bersama-sama pereka fesyen Naveen, penari profesional Lida, dan Urbain atau Taunie yang akan bertukar mengikut pilihan jantina karakter anda.
Lumiose City akan menggunakan sistem siang dan malam dimana terdapat pelbagai jenis Pokemon berbeza yang akan muncul mengikut masa.

Foto: The Pokemon Company
Pada waktu malam anda boleh menyertai Z-A Royale untuk berlawan dengan trainer lain.
Antagonis baru juga diperkenalkan iaitu Corbeau ketua Rust Syndicate yang mempunyai perniagaan di bandar Lumiose.
Kali ini Mega Evolution baru juga diperkenalkan iaitu Mega Dragonite dengan sayap besar di atas kepala dan ekor yang mempunyai mutiara sama seperti Dragonair.

Foto: The Pokemon Company
Anda juga akan ditolong oleh Emma yang menjadi detektif paling hebat di Lumiose City. Banyak lagi Mega Evolution yang akan diumumkan dari The Pokemon Company.
Pokemon Legends: Z-A akan dilancarkan di Switch dan Switch 2 pada 16 Oktober ini.

setahun yang lepas