“Saya dah keluar Barracuda,” itu kata-kata ringkas Norshahidah Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Capt Sha.
Ketika dihubungi MyGameOn, Sha berkata, dia mahu berehat dahulu dan memfokuskan kepada bisnes farmasi.
“Buat masa sekarang saya mahu berehat dan fokus pada bisnes farmasi.
“Tapi pada masa yang sama saya tidak menolak jika ada tawaran dari organisasi e-sukan lain,” katanya mengakhiri perbualan.
Barracuda sebelum ini bermain di pusingan penentuan slot MPL MY S14 dan berjaya mengekalkan slot mereka selepas menang ke atas pasukan nombor dua musim liga MAL MY S1, DX Originz.
Foto: Capt Sha

setahun yang lepas