Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPP UPM) berasa kecewa dengan penyebaran maklumat mengenai tuduhan selepas penularan video dakwaan Masjid UPM menjadikan tempat ibadah itu sebagai tempat karnival Mobile Legends: Bang Bang.
Tular video pertandingan itu mengatakan pertandingan berlangsung ketika dua jenazah yang dalam persediaan untuk solat jenazah di Masjid UPM.
@_nabilahhassan Masjid UPM jadi tempat karnival Mobile Legend?! THIS IS NOT OKAY! Terkejut sangat bila masuk masjid, tiba tiba ada satu ruang, penuh students main game tanpa hira orang keliling. At the same time 2 jenazah tengah bersedia untuk solat jenazah di Masjid! Admin approach polis bantuan. Diorang pun tak ok. Admin minta nak jumpa organiser. Tapi last sekali polis dah settlekan. Sungguh memalukan! Ini ke hasil graduan menara gading research uni and top uni yang di banggakan Malaysia! Langsung takde sensitiviti! Main game dah satu hal. Dalam masjid lagi satu hal. Muka organiser lepas kena tegur langsung takde rasa bersalah. I am super worried bout our younger generations! Jemput semua viralkan sebab sadly orang zaman sekarang lagi takut viral dari takut Allah 😡 Tak tahu macam mana program macam ni boleh dapat kelulusan?!
Satu kenyataan dari MPP UPM dikongsi di laman Instagram mereka.
Menurut kenyataan itu, satu salah faham berlaku sehingga menyebabkan pelbagai andaian dibuat.

Foto: Instagram MPP UPM

Foto: Instagram MPP UPM
Yang Dipertuanya, Umar Akhtar Ab Malek berkata, dakwaan atau video yang tersebar itu adalah tidak benar dan mengelirukan.
Pelaksanaan program itu pada asalnya akan dijalankan di Bilik Smart Classroom, Masjid UPM.
“Kami mengambil maklum akan salah faham yang telah tercetus baru-baru ini berhubung pelaksanaan sebuah program pelajar yang dijalankan dengan kerjasama Pusat Islam UPM yang sepatutnya bertempat di Bilik Smart Classroom, Masjid UPM.
“Berdasarkan maklumat rasmi yang diterima, pihak penganjur dimaklumkan bahawa penggunaan ruang solat adalah tidak dibenarkan dan hanya Bilik Smart Classroom sahaja yang boleh digunakan,”

Foto: TikTok
Disebabkan kekangan ruang ketika aktiviti berlangsung, tempat aktiviti (pertandingan) ditukar ke luar bilik itu.
“Kami juga ingin menegaskan bahawa tiada sebarang jenazah berada di kawasan itu sewaktu aktiviti dijalankan. Jenazah yang dikatakan itu sebenarnya masih belum sampai ke masjid, dan ketika jenazah itu sampai, aktiviti yang berlangsung di ruangan itu sudah dihentikan sepenuhnya serta-merta,” tambahannya lagi.
MPP UPM mengatakan mereka komited untuk memastikan keharmonian, profesionalisme dan nama baik UPM sentiasa terpelihara.

setahun yang lepas