Kemasukan bekas pemain RSG Malaysia, Alang Indra Roshidi (Rannqt) ke AERO Esports mencetuskan tanda tanya sekiranya dia bakal menggantikan pemain jungler, Muhammad Balakosa (Hazle) yang dipinjamkan oleh RRQ Hoshi.
Muhammad Izzat (Sick) selaku Ketua Bahagian Sukan AERO Esports menjelaskan, kemasukan Rannqt bukanlah untuk mengganti tetapi lebih kepada menggilap bakat pemain sedang meningkat naik itu.
“Kita menyerap masuk Rannqt kerana pemain ini mempunyai bakat yang masih belum digilap. Saya juga percaya staf kejurulatihan boleh mengubah pemain ini seperti mana Zqeef sekarang yang sedang meningkat naik.
“Hazle pula tetap akan menjadi pilihan di lineup utama sehingga ke playoffs,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.
Izzat berkata, Hazle pula dipinjamkan ke AERO dari RRQ hanya semusim termasuk di playoffs namun ia bergantung kepada situasi.
“Kami ada pilihan untuk panjangkan lagi status pinjaman sekiranya AERO melangkah ke Esports World Cup (EWC),” katanya.
Semalam, jendela perpindahan pemain masih lagi terbuka, menyaksikan AERO membawa masuk Rannqt selain berita tergempar Yanlord menjadi pemain tidak aktif di Todak. SRG juga merasmikan kemasukan penganalisis baharu mereka, Winter serta beberapa penukaran lain oleh pasukan-pasukan di MPL.
AERO Esports kini di tangga ketiga liga dengan keseluruhan 10 mata, tujuh mata di belakang SRG dan juga Homebois.
View this post on Instagram
Mereka akan menentang Todak dalam perlawanan pada Sabtu ini.
Foto: MOONTON Games

setahun yang lepas