Capcom baru sahaja mengeluarkan satu aplikasi untuk Monster Hunter Wilds dimana anda boleh menyemak penanda aras (benchmark) untuk PC yang digunakan oleh anda.
Disebabkan permainan ini memerlukan PC yang bagus, benchmark ini sangat penting untuk memastikan pengalaman anda bermain Monster Hunter Wilds adalah lancar.
Aplikasi benchmark ini akan memberikan anda skor untuk sistem yang anda guna:
| Score | Details |
|---|---|
| 20000 ~ | Excellent |
| 13000 ~ 19999 | Good |
| 10250 ~ 12999 | Playable |
| 7000~10249 | Setting Changes Recommended |
| 5200~6999 | Setting Changes Required |
| ~ 5199 | Difficulty Playing |
Trailer baru juga dikeluarkan dan beberapa monster baharu dan lama juga diperkenalkan semula.
Tahun lepas Monster Hunter Wilds melancarkan beta terbuka tetapi ramai pemain risau mengenai optimization yang tidak memuaskan ketika beta itu.
Monster Hunter Wilds akan mendapat beta terbuka baru mulai 6 Februari ini tetapi akan menggunakan versi sebelum ini bukan versi pelancaran Monster Hunter Wilds hujung bulan ini.
Permainan ini akan dilancarkan di PS5, Xbox Series X|S dan PC pada 28 Februari!

setahun yang lepas