Sebuah restoran di Jepun kehabisan stok Nan Cheese disebabkan Monster Hunter Wilds

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Monster Hunter Wilds menjadi satu kejayaan besar buat Capcom selepas berjaya merekodkan 1.3 juta pemain serentak di Steam sahaja.

Foto: Monster Hunter Wilds

Monster Hunter Wilds menyebabkan ramai peminat-peminat keluar untuk mencari Nan Cheese.

Semua ini berpunca apabila terdapat satu babak menunjukkan karakter di Kunafa Village memasak hidangan itu.

Disebabkan ini satu restoran Nepal di Jepun iaitu Salam Namaste Tokyo kehabisan stok terus disebabkan MHWilds.

Mereka juga membuat satu ciapan di Twitter dengan meme tempahan makanan yang terlalu banyak.

“Salam Namaste apabila kami mendapat tempahan 99 Nan Cheese ketika kedai hampir tutup.”

 

“Nan Cheese terlalu popular. Walaupun kami mempunyai banyak keju, kami terpaksa keluar untuk membeli lebihan stok keju. Terima kasih Monster Hunter!”

Dalam temubual bersama Pengarah Seni Monster Hunter Wilds iaitu Kaname Fujioka, dia mengatakan babak Nan Cheese ini adalah perkara pertama yang mereka buat dan memastikan Roti Nan dan keju yang ditunjukkan sangat-sangat sedap.

Monster Hunter Wilds kini boleh dimainkan di pelantar PC, PlayStation 5, dan Xbox Series X|S.

RELATED NEWS

+