Komuniti Monster Hunter Wilds terkejut prestasi FPS lebih tinggi jika beli banyak DLC

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Seorang pemain Monster Hunter Wilds (MHWilds) baru-baru ini telah menyiasat mengapa permainan ini mempunyai kelancaran yang sangat teruk untuk setiap ramai pemain di luar sana.

Monster Hunter Wilds telah mendapat banyak kritikan bukan kerana permainan tetapi kerana prestasinya yang tidak lancar untuk majoriti pemain.

Apa yang dijumpainya mengejutkan komuniti Monster Hunter Wilds apabila permainan itu sebenarnya mempunyai prestasi kelancaran lebih baik dan FPS lebih tinggi apabila anda mempunyai lebih banyak DLC yang telah dibeli.

MH Wilds – Bad performance mystery (Solved?)
byu/de_Tylmarande inMonsterHunter

Masalah ini ditemui oleh de_Tylmarande di Reddit dan mengatakan MHWilds mempunyai sistem penyemakan yang terlalu agresif untuk memastikan DLC mana yang telah dibeli.

Dia mengatakan sistem semak ini menjadi punca paling untuk prestasi MHWilds. Tetapi jika anda mempunyai lebih banyak DLC prestasi MHWilds akan meningkat.

Prestasi Monster Hunter Wilds menurun jika tidak mempunyai DLC

De_Tylmarande mengatakan dia tersedar akan perkara ini apabila menggunakan dua Steam akaun: Satu miliknya dan satu lagi milik rakannya yang mempunyai kesemua DLC.

FPS apabila menggunakan akaun rakannya lebih tingi dan stabil berbanding akaunnya yang tidak mempunyai DLC.

Foto: CAPCOM

Untuk membuktikan teori ini, dia telah membangunkan satu mod untuk “menipu” MHWilds yang mengatakan dia mempunyai semua DLC. Tiada DLC dimasukkan ke akaun hanya semakan pemilikan DLC sahaja.

Mod itu terus membuatkan MHWilds mempunyai prestasi lebih baik tanpa mengubah apa-apa settings dan menjadi lebih stabil. FPS juga lebih tinggi.

Lebih menarik, perubahan ini lebih ketara apabila mod tersebut cuba meniru jumlah DLC yang ada di antara 0-100. Lebih banyak DLC ada lebih baik prestasi MHWilds.

Siapa sangka MHWilds mempunyai “pay to win” untuk mendapat prestasi lebih baik.

Untuk membeli semua DLC, ia bernilai lebih kurang RM2,000+-.

 

RELATED NEWS

+