Monster Hunter Wilds umum Title Update 1 akan datang 4 April ini

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Monster Hunter Wilds akan meneruskan legasi dengan Title Update pertama yang akan dilancarkan pada 4 April tahun ini.

Kemaskini terbaru ini akan menambahkan beberapa raksasa baharu, kawasan Grand Hub dan pelbagai lagi.

Slider Image1

Foto: CAPCOM

Akhirnya, pemain MH Wilds akan mendapat satu tempat di mana semua orang boleh berkumpul serentak.

Foto: CAPCOM

Monster lama yang akan kembali adalah Mizutsune iaitu Leviathan yang menggunakan kuasa buih-buih air yang akan bergerak merentasi air dan juga memberikan debuff buih dimana hunter anda akan menghadapi kesukaran untuk berlawan.

Foto: CAPCOM

Anda juga boleh memburu Arc Tempered Rey Dau yang akan mempunyai armor baharu.

Foto: CAPCOM

Zoh Shia iaitu Boss Terakhir untuk MH Wilds yang kini mempunyai armor dan senjata-senjata baru.

 

Foto: CAPCOM

Arena Quests juga akan mempunyai quest yang diukur dengan kepantasan anda membunuh raksasa.

close

 

Kemaskini ini juga akan mempunyai acara terbaru iaitu Blossomdance di mana acara bermusim ini akan mempunyai pelbagai aktiviti yang boleh dibuat oleh kesemua hunters.

Title Update kedua juga akan dilancarkan pada Musim Panas ini.

Anda boleh membeli Monster Hunter Wilds di pelantar PC, PlayStation 5 dan Xbox X|S.

RELATED NEWS

+