Setelah beberapa hari dikecam – Amazon turunkan anime guna AI dub

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Setelah seminggu lebih beberapa klip viral dan amukan peminat anime serta pembenci AI, Amazon akhirnya menurunkan anime Banana Fish yang menggunakan bahasa inggeris dari AI-gen.

Lebih memalukan alihan suara dari AI ini sangat burun dan menggunakan sistem baru Amazon.

Banana Fish pula adalah anime yang mempunyai ramai peminat yang menceritakan Ash Lynx ketua gengster jalanan yang menjumpai banyak jenayah konspirasi melibatkan banana fish iaitu satu dadah yang boleh mencuci otak penggunanya.

 

Daripada menggunakan pelakon suara yang betul, Amazon telah memuat naik suara AI yang sangat mendatar, pelik dan tidak mempunyai perasaan.

Banyak adegan yang sepatutnya mengujakan hilang di bawah demonstrasi teks ke percakapan AI yang tidak sedap didengar.

Babak sedih juga hilang perasaan begitu sahaja dengan skrip yang tidak masuk akal.

Kadokawa mengesahkan penggunaan suara AI ini juga tidak diberitahu tidak diberikan kebenaran.

Foto: Kadokawa

Anime lain yang menggunakan suara AI juga telah dibuang iaitu No Game, No Life Zero. Tetapi suara AI untuk Vinland Saga dan Journal of the Mysterious Creatures masih ada.

Ini bukan pertama kali anime dilanda kontroversi AI.

RELATED NEWS

+