Menurut laporan, siri Netflix Horizon Zero Dawn kini sudah dibatalkan.
Netflix mengumumkan mereka akan membuat siri ini pada tahun 2022 lagi malah pernah diumumkan bersama-sama adaptasi God of War.
Adaptasi ini akan dibuat sama seperti adaptasi permainan lain sebelum ini di Netflix iaitu Castlevania, Tekken dan Dragon Age.
Menurut Cheyenne Roundtree dari Rolling Stone, siri Horizon di Netflix dibatalkan dan projek ini tidak akan diteruskan lagi.
Scoop: Rolling Stone has learned that two of ‘Umbrella Academy’ showrunner Steve Blackman’s projects that were in development at Netflix, a Horizon Zero Dawn series and an original series, Orbital, are no longer moving forward https://t.co/cFnyww0n3Q
— Cheyenne Roundtree (@cheyenne_round) July 3, 2024
Laporan pembatalan ini dibuat sejurus selepas isu mengenai staf Roundtree dimana Steve Blackman (Umbrella Academy) adalah seorang pembuli dan berperangai ‘toksik’ di tempat kerja.
Setakat ini masih belum ada apa-apa kenyataan dari Sony atau Netflix mengenai pembatalan siri Horizon Zero Dawn.

setahun yang lepas