Skin Datuk Wira Lee Chong Wei kini tiba di Honor of Kings!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Selepas beberapa video acah dikeluarkan, akhirnya skin atlet Datuk Wira Lee Chong Wei kini tiba di Honor of Kings, bagi hero Han Xin. Ia adalah skin atlet Malaysia pertama direka untuk permainan mudah alih.

“Kami sentiasa mencari cara baharu untuk memperkenalkan warisan budaya tempatan dan kali ini, sukan di Honor of Kings,” kata Country Manager Tencent Games, Eugene Chin.

“Sebelum ini kami menampilkan skin bertemakan silat untuk Lam yang dilancarkan pada 8 Ogos dan menerima sambutan yang baik dalam kalangan penonton tempatan,” tambahnya. Eugene berharap pihaknya dapat menampilkan lebih banyak figura kebangsaan yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Kata mereka, matlamat ini sejajar dengan visi mereka menjadikan HOK sebagai MOBA berskala global yang semua boleh menikmati.

Mengikut kisah Han Xin yang penuh dedikasi dan semangat untuk membuktikan yang terbaik sebagai perancang strategi terhebat dalam sejarah, ia mempunyai persamaan dengan LCW – minat dikongsi bersama untuk jadi yang terbaik dalam bidang masing-masing, pada akhirnya menjadi ikon lagenda menerusi pencapaian masing-masing.

Skin ini pertama kalinya diacah di acara Animangaki dan seterusnya akan dipromosikan di Pavilion Bukit bintang pula.

Bermula 29 Ogos ini, pemain boleh menyelesaikan misi dalam permainan dan tebus skin ni secara percuma dengan mendapatkan 1,000 tokens:

  • Ajak rakan baru bermain HOK. Masukkan kod panggilan rakan dan dapatkan 50-500 tokens secara rawak untuk penebusan skin
  • Log masuk pertama termasuk 120 token (sekali saja), anda boleh dapatkan Hanxin dan LCW Skin trail effect
  • Log masuk setiap hari untuk 30 token
  • Tamatkan satu perlawanan bersama rakan untuk 55 token
  • Dapatkan 1,000 token secara keseluruhan dan tebus skin secara percuma!

Pemain boleh dapatkan jersi eksklusif dengan tandangan dari Datuk Wira Lee Chong Wei dan banyak lagi in-game items dengan mengunjungi Pavilion Bukit Bintang untuk mengambil gambar atau video pendek dengan paparan 3D istimewa HOK X LCW dari 30 Ogos hingga 8 September ini.

RELATED NEWS

+