Adaptasi aksi nyata Solo Leveling kini dalam pembikinan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Solo Leveling kini semakin hangat dengan pengumuman adaptasi aksi nyata (layar perak).

Pengumuman ini dibuat secara rasmi di laman web Kakao Entertainment.

Foto: DUBU (REDICE STUDIO)

Menurut Kakao Entertainment aksi nyata Solo Leveling kini dalam fasa pelan dan pembikinan.

Solo Leveling adalah berdasarkan novel web yang ditulis oleh Chugong dan anime Solo Leveling pula diarahkan oleh Shunsuke Nakashige di Studio A-1 Pictures.

Menceritakan SungJinwoo seorang hunter yang paling lemah dalam dunia. Selepas dibunuh oleh raksasa dalam high ranking dungeon, Jinwoo dihidupkan semula dengan kuasa barunya yang digelar System.

System ini memberinya peluang untuk naik level dan menjadi lebih kuat.

Siapakah pelakon korea yang bakal menjadi Sung Jinwoo? Adakah Kim Soo Hyun yang terkenal dengan Hotel Del Luna dan Crash Landing on You?

RELATED NEWS

+