Ramai peminat serta komuniti Mobile Legends: Bang Bang Malaysia tertanya-tanya dengan penglibatan Soloz bersama Team Vamos untuk Musim ke-16 MPL MY.
Semalam, Soloz atau nama sebenar Muhammad Faris Zakaria mengeluarkan kenyataan media mengenai pembabitannya bersama Team Vamos.
Soloz menubuhkan Team Vamos sebagai pemilik bersama pada tahun lepas.

Foto: Soloz
Kenyataan media ini dimaklumkan di laman rasmi Instagram Soloz.
View this post on Instagram
“Dengan penuh hormat, saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak lagi bersama pasukan TEAM VAMOS bagi musim ini.” ujar Soloz.
“Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan, saya dengan penuh berat hati akhirnya memutuskan untuk mengundurkan diri demi memberi fokus sepenuhnya terhadap perkembangan perjalaln saya dalam indutri esports.” katanya.

Foto: Team Vamos
Soloz juga ada mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Team Vamos kerana memberi kepercayan kepadanya sepanjang penglibatan bersama pasukan.
Tambahan lagi, Soloz juga berharap komuniti ini akan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Team Vamos dan mendoakan kejayaan mereka.
Team Vamos berjaya mendapatkan tempat kelima di MPL MY S15.

setahun yang lepas